Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Dusun terima hidayah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Syiar Islam di negara ini terus berkembang apabila seorang lelaki berbangsa Dusun hari ini melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis yang berlangsung di Surau Polis Kawalan Diraja Istana Nurul Iman, Kampung Kiarong.

    Hadir selaku tetamu kehormat ke majlis ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali. Turut hadir ialah Pengarah Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Lelaki tersebut, Ruzaini bin Imaak telah memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Ruzaini bin Abdullah Imaak. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum Muhammad Ruzaini melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan pegawai-pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah, PDI.

    Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan diikuti dengan bacaan Doa Selamat. Menurut kenyataan, sejak Januari hingga September 2020, seramai 293 orang telah memeluk agama Islam di seluruh negara dengan 139 orang daripadanya adalah dari Daerah Brunei dan Muara.

    Tambah lagi, sejak tahun 2019, jumlah keramaian mereka yang telah memeluk Islam di seluruh negara adalah seramai 349 orang.

    Muhammad Ruzaini semasa melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan pegawai-pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda