Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki edar dadah di rumah persaraan dicekup

    SYDNEY, 30 OGOS – Seorang lelaki berusia 60an ditangkap kerana disyaki mengedar dadah di rumah persaraannya, kata polis dan media tempatan, hari ini.

    Menurut polis, lelaki itu ditahan Khamis lalu selepas penemuan methamphetamine dan ganja dalam kenderaan yang diberhentikan oleh pihak polis.

    Mereka kemudian memeriksa rumah suspek di perkampungan persaraan di Dural, Sydney dan menemui asid lisergik diethylamide (LSD) dan lebih banyak ganja.

    Dalam satu kenyataan, polis berkata, siasatan mengenai pengedaran itu bermula sejak Jun lalu.

    Sementara itu, Daily Telegraph berkata, siasatan itu tercetus apabila penduduk tempatan di perkampungan itu yang bimbang dengan kelakuan lelaki itu dan pelawatnya, mendakwa dia mengedar dadah di situ.

    Polis kemudiannya mengesahkan kepada AFP bahawa laporan itu adalah benar. Suspek didakwa memproses dan mengedar dadah yang dilarang, mempunyai senjata tanpa permit serta mencabuli arahan kesihatan COVID-19.

    Dia dijangka akan dibicarakan di mahkamah pada 8 September ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda