Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Eropah lebih bertanggungjawab daripada Melayu – Sharifah Sakinah

    Pelakon Sharifah Sakinah berpendapat lelaki Eropah lebih bertanggungjawab dalam menjalinkan perhubungan berbanding sebahagian lelaki tempatan.

    Menurut Sakinah, sikap seseorang lelaki banyak dipengaruhi oleh didikan ibu bapa dan tidak dinilai mengikut bangsa atau latar belakang.

    “Saya bukan memilih tapi bergantung pada individu. Ada saja lelaki Eropah yang teruk sebab semuanya bermula dengan cara didikan ibu bapa. Bagi saya, untuk membesarkan anak lelaki perlu bermula dengan asuhan dan nilai yang betul. Lelaki yang saya jumpa, saya akan pilih berdasarkan bagaimana dia menjaga ibunya dan anak-anak.

    “Umur saya ini dah 30-an dan saya akan berjumpa lelaki berstatus duda. Kalau dia pandai menjaga keluarga, itulah yang saya pilih. Cuma saya nampak lelaki bukan Melayu lebih bertanggungjawab dalam perhubungan.

    Saya bersama lelaki yang pernah berkahwin beberapa kali, tetapi masih mengamallan co-parenting. Itu semua hasil didikan ibu bapa yang menekankan nilai tanggungjawab sejak kecil,” katanya dalam audio siar Sembang Seram.

    Menurut Sakinah, lelaki Barat dibesarkan dalam suasana keluarga yang lebih terbuka sekali gus membentuk pemahaman mendalam terhadap kesetiaan dan kejujuran.

    “Seawal usia 14 tahun, ibu mereka sudah berani menegur hal-hal peribadi secara terbuka dan mengingatkan anak untuk menjaga pasangan dengan baik.  Disebabkan itu kita nampak bila mereka setia pada seorang, itulah wanita terakhir dalam hidupnya. Bagi mereka, hubungan itu tentang keserasian, bukan rupa paras.

    “Kadang ada lelaki Melayu suka wanita berkulit putih sampai ramai sanggup buat pelbagai rawatan kecantikan. Ada yang ubah wajah sebab nak ikut cita rasa lelaki terhadap makna sebenar kecantikan.

    “Berbeza pula dengan lelaki Barat yang lebih menghargai wajah semula jadi saya. Mereka suka beri pujian kecil yang buat kita rasa dihargai,” katanya.

    Tambah Sakinah, lelaki Barat juga boleh dianggap lebih berfikir panjang apabila nekad untuk mendirikan rumah tangga. “Lelaki bukan Melayu lebih faham tentang akibat perbuatan sendiri kerana itu sudah diterapkan sejak kecil.

    Untuk rekod, Sakinah kembali mendirikan rumah tangga dengan jejaka Perancis dikenali Cyril Kongo pada tahun ini.

    Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada 2020. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha yang kini berusia 8 tahun.

    Selepas itu, dia kembali bertemu jodoh dengan lelaki asal Sweden bernama MichaelHansen pada 2021 dan berakhir dengan perceraian dua tahun kemudian. – Agensi

    Sakinah ketika menjadi tetamu dalam podcast Safwan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda