Lelaki hilang ditemui selepas 18 hari

BRISBANE, AUSTRALIA, 24 JAN – Seorang lelaki dipercayai hilang lebih dua minggu lalu di kawasan hutan belukar Australia kembali ditemui hari ini, dengan keadaan fizikalnya yang sihat selepas dipercayai hidup dalam hutan dengan hanya meminum air empangan dan makan cendawan, kata pihak berkuasa hari ini.

Robert Weber, 58, ditemui berhampiran sebuah empangan oleh pemilik hartanah tempatan pagi hari ini selepas kali terakhir dilihat pada 6 Januari meninggalkan sebuah hotel di Kilkivan, kira-kira 200 kilometer di utara Brisbane. – AFP