Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki hilang ditemukan maut

    KOTA KINABALU, 1 Jan – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas kenderaan dinaikinya dihanyutkan arus deras di sebuah sungai di Kampung Sungai Bintosan Darat, Kota Marudu, semalam, ditemukan sudah tidak bernyawa di tebing sungai itu hari ini.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan di sini, hari ini berkata Muhammad Asyraf Nirajim, 20, ditemukan penduduk kampung pada kira-kira 9 pagi tadi di tebing sungai, kira-kira 1.4 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

    Kesemua enam individu lain yang turut menaiki kenderaan jenis Toyota Innova itu berjaya menyelamatkan diri dengan memecahkan cermin pintu kereta, dan kenderaan tersebut dijumpai kira-kira 30 meter dari lokasi ia dihanyutkan pada 4:35 pagi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda