Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki hilang seminggu ditemukan maut

    SIBU, 17 Ogos – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu ditemukan maut berhampiran sebuah kereta yang terjunam ke dalam gaung di jalan menuju ke Empangan Hidroelektrik Baleh, di Kapit, kira-kira 300 kilometer, kelmarin.

    Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Rohana Nanu berkata mangsa dikenali sebagai Pika Rangga, 54, ditemukan kira-kira 30 meter dari kenderaan berkenaan.

    “Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kapit untuk tindakan lanjut dan sudah dikenal pasti oleh ahli keluarga,” katanya kepada Bernama  ketika dihubungi, semalam.

    Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sibu, Andy Alie berkata pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu pada jam 3:06 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit digerakkan ke lokasi.

    “Pasukan operasi tiba pada jam 4:08 petang dan mendapati sebuah Perodua Bezza berada di dalam gaung kira-kira 100 meter dari jalan utama. Mayat mangsa dibawa naik menggunakan pengusung dan sistem tali sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

    Menurutnya pegawai perubatan Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi dan operasi ditamatkan pada jam 4:35 petang. – Bernama

    Envato

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda