Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan PDI
TEMBURONG, 29 OGOS – Seorang lelaki berbangsa Iban telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis yang diadakan di Pejabat Unit Dakwah Daerah Temburong, hari ini.
Awang Hafizam anak Gayau, 22, telah memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Hafizam bin Abdullah Gayau.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Supt. Haji Irham bin Haji Muhd Arshad.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan lafaz pengislaman oleh Muhammad Hafizam yang disempurnakan di hadapan pegawai-pegawai dari Unit Dakwah Daerah Temburong, Pusat Dakwah Islamiah.
Kemudian, tetamu kehormat menyampaikan cenderahati kepada saudara baharu.
Majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada yang diraikan, dan diikuti dengan bacaan Doa Selamat.