Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Iban temui sinar Islam

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Seorang lelaki berbangsa Iban memilih agama Islam sebagai pegangan hidup selepas melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah (PDI), hari ini.

    Hadir menyaksikan majlis pengislaman tersebut ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan lafaz ikrar Dua Kalimah Syahadah oleh Hendry anak Galau, 25 yang memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Aariz Rahman bin Abdullah di hadapan pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah (Pengislaman), PDI.

    Turut hadir di majlis itu ialah Pegawai Menguasa Balai, Balai Polis Penaga, Inspektor Mikhail Iman bin Abdullah Lee.

    Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh tetamu kehormat majlis yang turut diserikan dengan Dikir Marhaban dan bacaan Doa Selamat. Sejak Januari hingga November 2019, seramai 292 orang telah memeluk agama Islam di seluruh negara termasuk 90 orang daripada bangsa Iban, manakala bilangan saudara baharu di seluruh negara dari Januari hingga Disember 2018 ialah seramai 404 orang.

    Tetamu kehormat menyampaikan cenderahati kepada saudara baharu, Awang Muhammad Aariz Rahman.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda