Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Indonesia dipenjara empat bulan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja di tempat cuci kereta telah dijatuhi hukuman penjara empat bulan pada Khamis lalu selepas dia mengaku bersalah mencuri telefon pelanggan.

    Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman membidas Tugio yang berusia 38 tahun telah melanggar amanah yang diberikan oleh pelanggan dan majikannya, serta perbuatannya mencuri di hadapan pelanggan.

    Pendakwa Abdul Musawwir bin Haji Awang Mahli dan Nur Zahidah Farhanah binti Abdul Aziz mendedahkan di mahkamah bahawa Tugio menerima kereta pelanggan untuk pembersihan di tempat cuci kereta di Kampong Serambangun, Tutong pada 7 Oktober jam 8.11 pagi.

    Ketika Tugio sedang membersihkan kereta, dia terjumpa telefon bimbit di tempat duduk belakang dan menyembunyikannya di dalam poket belakang tempat duduk pemandu kereta.

    Selepas dia selesai membersihkan kereta, dia mengambil telefon itu dan melemparkannya ke kawasan berumput di atas tanah berhampiran.

    Defendan kemudiannya mengambil telefon itu dan menyimpannya di rumah.

    Pada hari yang sama, pemilik menyedari telefon itu telah hilang dan membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan defendan.

    Gambar freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda