Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Israel didakwa seludup senjata api, peluru

    KUALA LUMPUR, 12 APRIL – Seorang lelaki Israel berdepan hukuman penjara sehingga 40 tahun dan sebatan selepas dia didakwa menyeludup senjata api dan memiliki peluru di negara itu, kata seorang pendakwa raya hari ini.

    Shalom Avitan, 38, ditahan pada 27 Mac lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur di mana polis mendakwa menemui enam pucuk pistol dan 158 peluru dalam simpanannya.

    Avitan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas ia dibacakan di mahkamah hari ini. Dia masih dalam tahanan polis.

    “Ia adalah kesalahan serius,” beritahu timbalan pendakwa raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam kepada pemberita di dalam mahkamah.

    “Dia berdepan kemungkinan hukuman penjara 30 hingga 40 tahun serta sebatan dengan tidak kurang daripada enam sebatan,” tambahnya.

    Polis sebelum ini berkata Avitan tiba di Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu menggunakan pasport Perancis pada 12 Mac lalu.

    Selepas penahanannya, dia memberitahu pihak berkuasa bahawa dia datang ke Malaysia untuk mencari seorang lagi warga Israel kerana pertikaian keluarga.

    Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan rakyat Israel seharusnya memerlukan visa dan kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri untuk memasuki negara itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda