Friday, February 14, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Itali maut dihempap ribuan keju keras

    ROM, 7 OGOS – Seorang lelaki Itali mati dihimpit di bawah ribuan ketulan besar keju keras ala Parmesan, yang beratnya kira-kira 40 kilogram setiap satu, kata anggota bomba semalam.

    Giacomo Chiapparini, 74, tertimbus di bawah keju apabila sebuah rak roboh di gudangnya di wilayah utara Lombard kelmarin, mewujudkan kesan domino yang menjatuhkan ribuan roda, beritahu anggota bomba Antonio Dusi dari Bergamo kepada AFP.

    Penyelamat “terpaksa mengalihkan keju-keju dan rak-rak tersebut secara manual,” kata Dusi, sambil menambah ia ‘mengambil masa kira-kira 12 jam’ untuk menemui Chiapparini.

    Gudang itu, yang terletak di bandar kecil Romano di Lombardia berhampiran Bergamo, mengandungi sejumlah 25,000 ketulan keju Grana Padano, sejenis keju keras yang menyerupai Parmesan dan sangat popular di Itali.

    Chiapparini telah memeriksa ketulan keju yang sedang masak, disimpan di atas rak besi, dengan rak paling tinggi 10 meter. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda