TOKYO, 14 April – Polis telah menangkap seorang lelaki Jepun hari ini yang berkaitan dengan kematian seorang budak perempuan Vietnam berusia sembilan tahun berhampiran Tokyo, beberapa minggu selepas mayat bogelnya ditemui berhampiran longkang.
Polis wilayah Chiba berkata mereka telah menangkap seorang jurujual hartanah, Yasumasa Shibuya, 46 tahun, kerana disyaki telah meninggalkan mayat budak perempuan itu di Bandar Aiko.
Polis masih meneruskan siasatan ke atasnya berhubung pembunuhan budak perempuan itu dan berkata dia mendiamkan diri tentang kes itu.
Menurut polis, hasil keputusan autopsi menunjukkan yang dia mati tercekik, kemungkinan dia telah dicekik.
Shibuya mengetuai persatuan ibu bapa di sekolah tempat budak perempuan itu bersekolah, menurut media Jepun.
Mereka berkata suspek mengetuai inisiatif kejiranan yang memerhatikan kanak-kanak berjalan ke dan dari sekolah.
Mayat Le Thi Nhat Linh telah ditemui pada 26 Mac, dua hari selepas dia hilang semasa dalam perjalanannya ke sekolah. – AP