Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Jepun mengakui bunuh 9 mangsa

    TOKYO, 1 Nov – Seorang lelaki Jepun yang diberkas selepas pihak polis menemukan sembilan mayat yang telah dikerat-kerat di dalam rumahnya telah mengaku membunuh semua mangsa mudanya dalam tempoh dua bulan selepas menghubungi mereka menerusi Twitter, lapor media hari ini.

    Menurut rangkaian TV Fuji Takahiro Shiraishi, 27 tahun juga mengaku dia ‘menyerang’ kesemua lapan mangsa perempuannya dengan menggunakan ungkapan lembut media Jepun bagi serangan seksual.

    Pihak pendakwa kini sedang me-nyoal siasat Shiraishi yang dilaporkan mengakui telah menetak keluar daging mayat dan membuangnya keluar dengan sampah, kemudian mencurahkan pasir kumbahan kucing ke atas mayat dalam usaha untuk menutup bukti.

    Kesemuanya, kira-kira 240 keping tulang milik sembilan orang, termasuklah kepala dan anggota telah ditemui dalam penyejuk dan kotak peralatan di pangsapurinya, lapor Tokyo Shimbun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda