TOKYO, 27 NOV – Polis Jepun hari ini memaklumkan bahawa mereka telah menahan seorang lelaki yang dilaporkan mengaku menceroboh lebih daripada 1,000 rumah sebagai cara luar biasa untuk mengurangkan tekanan.
Polis menahan lelaki berusia 37 tahun itu pada Isnin atas dakwaan menceroboh sebuah hartanah di Dazaifu, selatan Jepun, menurut jurucakap polis kepada AFP.
“Menceroboh rumah orang lain adalah hobi saya, dan saya telah melakukannya lebih daripada 1,000 kali,” lapor akhbar Mainichi Shimbun yang memetik kenyataan lelaki tersebut.
“Saya begitu teruja sehingga tapak tangan saya berpeluh apabila tertanya-tanya sama ada seseorang akan menemui saya atau tidak, dan ia membantu mengurangkan tekanan saya,” katanya kepada polis, menurut laporan akhbar itu. – AFP