Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki kaya kini cuba ‘mengorat’ Adira – Datuk Red

    Usahawan sensasi, Datuk Red, 48, terbuka menerima jodoh bekas isterinya, Adira Suhaimi, 33, sekiranya wanita itu bertemu dengan lelaki ‘berduit’ berbanding dirinya yang dianggap tiada apa-apa.

    Menurut BH Online, menerusi luahan hatinya di TikTok, Red atau Datuk Seri Adnan Abu berkata, dia mendapat tahu ada seorang lelaki didakwa ‘individu berada’ kini dalam proses cuba mendekati Adira dan hanya menunggu masa.

    “Saya dapat laporan ada seorang individu lelaki tengah tunggu masa sesuai nak ‘masuk jarum’ pada Adira. Dia (individu itu) betul-betul minat pada Adira.

    “Kalau tiada jodoh saya dengan Adira, tak mengapa. Lelaki itu berkemampuan. Saya pun tak boleh tahan, Adira itu manusia,” katanya dalam siaran langsung di TikTok.

    Menurut bapa 11 anak itu, dia menyedari yang dirinya tiada apa-apa sekarang ini kerana harus bangkit semula membina kehidupan dan menyerahkan soal jodoh dengan Adira pada ketentuan takdir.

    “Kalau ada jodoh (dengan Adira), adalah. Cuma, saya sekarang kena terus fokus kerja cari duit untuk anak-anak. Kerja yang perlu diutamakan dulu.

    “Tapi, selagi tiada itu (ekonomi kukuh) tidak mengapa, saya duduk (seorang) sampai akhir hayat pun tak kisah. Saya tidur seorang diri, mati keras sendiri pun tak apa.

    “Asalkan saya tak susahkan isteri dan anak-anak saya,” katanya menyifatkan walaupun Adira berkahwin lain, namun anak-anak tetap bersama mereka.

    Sebelum ini, Red dan Adira juga pernah memberi bayangan mereka ‘bercinta semula’ selepas beberapa bulan bercerai serta bersyukur masih diberikan peluang kedua. – Agensi

    Datuk Red menyerahkan soal jodoh dengan Adira pada ketentuan takdir. – buzzkini.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda