Saturday, October 12, 2024
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki kedua ditahan dalam kaitan serangan berdekatan Istana Buckingham

    LONDON, 27 Ogos – Polis Britain yang menyiasat serangan pedang pada Jumaat lepas di luar Istana Buckingham, di sini, memberkas lelaki kedua hari ini, ketika pihak berkuasa di Belgium, Finland dan Sepanyol menyiasat serangan-serangan keganasan mereka sendiri.

    “Lelaki itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam komisen, menyediakan atau dorongan keganasan pada 10:15 pagi (0915 GMT) hari ini dan dia telah dibawa ke dalam tahanan,” menurut satu keterangan polis.

    Ia tiba beberapa selepas penjihad IS mendakwa melakukan serangan pisau itu pada askar-askar yang membuat rondaan di Brussel dan ketika pihak berkuasa di Sepanyol mendedahkan jumlah kematian dari serangan-serangan berkembar di Barcelona minggu lepas telah meningkat ke angka 16 orang.

    Anggota polis melakukan kawalan berdekatan Istana Buckingham berikutan satu insiden di mana seorang lelaki berpisau ditahan di luar istana itu pada Jumaat lepas. – AFP

    Polis Britain berkata mereka telah menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah alam di Barat London dan membuat pemeriksaan pada satu rumah sebagai sebahagian daripada siasatan.

    Satu waran bagi lanjutan penahanan lelaki berusia 26 tahun yang terlibat dalam insiden Jumaat itu juga diluluskan, menurut keterangan itu.

    Suspek itu yang ditahan di bawah Akta Pengganasan telah mencapai pedang empat kaki apabila dicabar oleh pegawai-pegawai polis tidak bersenjata setelah secara sengaja memandu ke arah mereka di luar mercu tanda bersejarah itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda