Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Lelaki kena kompaun $300 buang sampah merata

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) baru-baru ini telah mengeluarkan kompaun ke atas seorang individu kerana melakukan kesalahan melanggar Bab 12 (1) di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Mischellaneous, Penggal 30 iaitu membuang sampah di tempat awam.

    Menurut kenyataan dikeluarkan JASTRe di sini, lelaki itu, Muhammad Yusri bin Metussin dikenakan kompaun $300 setelah membuang sampah di tempat awam di Kampung Batu Marang.

    Dia diberikan tempoh tujuh hari daripada tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskannya.

    Jika gagal menjelaskan bayaran denda kompaun, individu itu boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000 bagi kesalahan kedua, dihukum penjara bagi satu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Sehubungan itu, JASTRe sekali lagi mengingatkan mana-mana individu, orang awam atau mana-mana syarikat untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

    Individu tersebut dikompaun setelah dikesan membuang sampah di tempat awam. –Gambar serahan JASTRe

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...