SEOUL, 18 APRIL – Seorang lelaki berusia 50an yang disyaki membunuh lima ahli keluarganya dengan cara mencekik telah secara rasmi ditahan selepas mahkamah tempatan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya, kelmarin.
Sekitar jam 5:15 petang, Mahkamah Daerah Suwon mengeluarkan waran tersebut atas alasan terdapat risiko suspek melarikan diri atau memusnahkan bukti.
Dalam insiden yang mengejutkan seluruh negara itu, suspek didakwa membunuh lima ahli keluarganya sekitar jam 9:55 pagi Selasa lalu di rumahnya iaitu kedua-dua ibu bapanya, isterinya dan dua anak perempuan mereka.
Suspek kemudian melarikan diri ke salah satu kediamannya yang lain di bandar Gwangju, Wilayah Gyeonggi, namun berjaya diberkas oleh pihak polis di bandar tersebut.
Pihak berkuasa juga mendedahkan bahawa suspek telah meninggalkan nota bertulis, “Aku akan bunuh semua orang dan diri sendiri.”
Menurut laporan, suspek memberitahu pihak polis bahawa motif jenayah tersebut adalah disebabkan masalah kewangan.
Hasil siasatan awal pada hari kejadian turut mendedahkan bahawa pembunuhan dipercayai dilakukan dengan mencekik mangsa. – AFP
