Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki langgar dan lari terima padah

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Seorang lelaki tempatan telah dihukum penjara selama 10 bulan, baru-baru ini, kerana merempuh sebuah keluarga semasa memandu keretanya dan melarikan diri dari tempat kejadian.

    Pertuduhan terhadap Mohammad Emir Danial bin Sabollah, 25, adalah pertuduhan memandu secara terburu-buru dan telah membahayakan nyawa orang ramai atau menyebabkan kecederaan.

    Majistret Kanan Azrimah Abdul Rahman pada Isnin lalu mendengar daripada Pendakwa Siti Khalillah Hussin bahawa defendan diminta oleh seorang rakannya untuk diambil dari rumahnya di Kampung Jangsak pada malam 25 Julai.

    Defendan memandu kereta ke rumah rakannya dan apabila tiba, ternampak beberapa orang di hadapan keretanya.

    Mereka terdiri daripada tiga sekeluarga, seorang wanita dan suaminya yang membawa anak perempuan mereka dalam pelukannya.

    Gambar Canva

    Pasangan itu melambai untuk mendapatkan perhatian defendan. Daripada berhenti, defendan memandu dan merempuh keluarga berkenaan.

    Wanita itu sempat ke tepi untuk mengelak daripada dilanggar, bagaimanapun defendan menyedari lelaki yang membawa anak perempuannya masih ada, dia merempuh keretanya ke arah mereka.

    Ini menyebabkan lelaki dan anak perempuannya terjatuh di atas bonet kereta defendan.

    Dengan lelaki dan anak perempuannya masih di atas bonet kenderaan, defendan kemudian mengundurkan keretanya dan menekan brek secara mengejut.

    Gerakan itu menyebabkan lelaki dan anak perempuannya terjatuh dari bonet kenderaan sebelum defendan memecut dari tempat kejadian.

    Pasangan itu memaklumkan polis yang kemudiannya berjaya mengesan defendan pada 3 Ogos dan menahannya.

    Menurut dapatan polis sepanjang siasatan, pasangan itu menjual emas kepada rakan defendan, tetapi telah ditipu.

    Ini menyebabkan mereka datang ke rumah rakan defendan tersebut.

    Rakan defendan berjaya melarikan diri sebelum pasangan itu dapat menghalangnya, dan apabila melihat defendan di sana, menyangka mereka ingin mendapatkan bantuan untuk mencari rakannya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda