Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki mabuk panjat bumbung gereja setinggi 50m di Jerman

    NUREMBERG, JERMAN, 15 SEPT – Seorang lelaki berusia 24 tahun yang berada dalam keadaan mabuk mencetuskan operasi kecemasan selepas dia memanjat bumbung sebuah gereja setinggi 50 meter (m) di bandar Landshut, selatan Jerman untuk mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Lelaki itu menggunakan perancah untuk memanjat bahagian tengah utama Gereja St. Martin pada malam Sabtu. 

    Dia memanjat sehingga ke rabung bumbung sebelum duduk dan merakam pemandangan dengan menggunakan telefon bimbitnya, sebelum meluncur di atas jubin bumbung.

    Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan lelaki itu. 

    Lelaki berkenaan hanya mengalami calar ringan, namun bakal berdepan pertuduhan menceroboh dan merosakkan harta benda. 

    Dia juga diwajibkan membayar kos operasi menyelamat, menurut laporan polis. – Bernama

    Gambar agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda