Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki mati digigit pepijat dalam penjara kotor

    ATLANTA, 17 APRIL – Seorang lelaki yang ditahan di bahagian psikiatri penjara di Georgia meninggal dunia dalam sel kotor dengan serangan pepijat yang teruk selepas kakitangan penjara tidak melakukan sebarang tindakan untuk menangani kesihatannya yang semakin merosot, kata peguam keluarganya pada Khamis lalu.

    Peguam meminta untuk diadakan siasatan jenayah.

    Lashawn Thompson telah ditangkap pada 12 Jun atas pertuduhan salah laku dan telah ditahan di Penjara Fulton County di Atlanta, kata peguam, Michael Harper semasa sidang akhbar Khamis yang disiarkan dalam talian.

    Kakitangan penjara telah menempatkannya di bahagian psikiatri selepas menentukan bahawa dia mempunyai “masalah kesihatan mental,” kata Harper, sambil menambah bahawa Thompson telah didiagnosis dengan skizofrenia. Thompson meninggal dunia di penjara tiga bulan kemudian.

    “Ini adalah keadaan yang menyedihkan. Sel dihuninya tidak sesuai untuk haiwan yang berpenyakit,” kata Harper sambil mememegang gambar sel de-ngan tandas kotor dan sampah bertaburan di atas lantai.

    Dia menyeru agar Peguam Daerah Fulton, Fani Willis membuka siasatan jenayah ke atas kematian Thompson dan penjara itu ditutup, sambil menyatakan bahawa Syerif Pat Labat telah meminta penjara baharu.

    Jurucakap Willis berkata beliau tidak dapat mengulas mengenai kes ini tetapi berkata pejabat peguam daerah menyiasat dakwaan jenayah di dalam penjara.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada WSB-TV, Pejabat Sheriff Fulton County menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Thompson. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda