Khamis, November 20, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki maut akibat selesema burung H5N1 di Kemboja

    PHNOM PENH, 16 NOV – Seorang lelaki Kemboja berusia 22 tahun meninggal dunia akibat jangkitan influenza avian H5N1, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan hari ini.

    “Keputusan makmal dari Institut Kesihatan Awam Kebangsaan pada 15 November menunjukkan lelaki itu positif virus H5N1,” menurut kenyataan itu.

    Mangsa berasal dari Kampung Kien Khleang di daerah Chroy Changvar, Phnom Penh.

    Pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat punca jangkitan dan kes disyaki serta individu yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa bagi mencegah penularan dalam komuniti.

    Ubat antivirus Tamiflu (oseltamivir), yang digunakan untuk menghalang penyebaran selesema burung, turut diedarkan kepada mereka yang mempunyai kontak langsung dengan mangsa, menurut kenyataan itu.

    Kementerian Kesihatan menyeru orang ramai supaya lebih berwaspada, sambil menegaskan bahawa selesema burung masih menjadi ancaman kepada kesihatan awam.

    Setakat tahun ini, negara Asia Tenggara itu merekodkan 17 kes jangkitan H5N1 dalam kalangan manusia, dengan enam kematian, menurut kementerian berkenaan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda