Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki maut dihempap forklift yang dikendali

    SANDAKAN, 14 JUN – Seorang pengendali forklift maut dihempap oleh jentera angkat-susun itu ketika beliau sedang menjalankan kerja mengangkat sebuah mesin berat di Pelabuhan Sandakan dekat sini pagi tadi.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kenyataan di sini berkata insiden kira-kira pukul 5:30 pagi itu mengakibatkan Said Hassan yang berumur sekitar 60an, meninggal dunia di tempat kejadian.

    Kejadian berlaku apabila forklift itu dipercayai tiba-tiba tumbang ketika ia sedang mengangkat sebuah mesin berat, dan bahagian kepala pengendali jentera itu tersepit di sisi kiri bumbung forklift berkenaan.

    Menurut bomba, operasi mengeluarkan mayat Said dijalankan dengan menggunakan sebuah lagi forklift. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda