Wednesday, February 12, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki maut dipatuk ular

    SYDNEY, 20 MAC – Seorang lelaki Australia maut selepas dipatuk ular ketika cuba mengeluarkan reptilia tersebut dari sebuah pusat jagaan kanak-kanak, menurut media tempatan dan perkhidmatan kecemasan hari ini.

    Paramedik di negeri timur laut Queensland telah dipanggil pada petang kelmarin dan mendapati lelaki itu dalam keadaan kritikal.

    Lelaki tersebut dipercayai telah dipatuk oleh seekor ular coklat, antara spesies paling berbahaya di dunia.

    Dia telah dibawa ke hospital Townsville dan meninggal dunia selepas itu, kata jurucakap Perkhidmatan Ambulans Queensland kepada AFP.

    Media tempatan melaporkan lelaki itu cuba mengeluarkan seekor ular dari pusat jagaan kanak-kanak.

    Gambar The Telegraph

    Kematian akibat gigitan ular jarang berlaku di Australia, dengan hanya beberapa serangan maut direkodkan setiap tahun.

    Kira-kira 200 orang dimasukkan ke hospital setiap tahun akibat sentuhan dengan ular coklat, menurut Institut Kesihatan dan Kebajikan Australia.

    “Kita mempunyai antivenom yang sangat berkualiti di Australia,” kata Christina Zdenek dari Akademi Reptilia Australia kepada AFP.

    Ular paling aktif dari September hingga Januari, kerana reptilia berdarah sejuk ini memanaskan badan pada musim panas.

    Zdenek berkata cara terbaik untuk merawat gigitan ular adalah dengan ‘berdiam diri, bertenang dan membalut seluruh anggota badan dengan ketat menggunakan pembalut elastik’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda