Khamis, November 20, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki maut disambar petir di Langkawi

    ALOR SETAR, 13 NOV – Seorang lelaki maut disambar petir ketika pulang daripada memancing bersama rakan-rakannya di Jeti Nelayan Teluk Baru, dekat Langkawi, semalam.
     
    Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Khairul Azhar Nuruddin berkata, Ishak Hashim, 57, dari Kampung Berjaya, Langkawi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
     
    “Mangsa yang juga pemilik bot telah keluar memancing bersama tiga rakannya pada 8 pagi melalui jeti nelayan tersebut. Kira-kira jam 7:20 malam mereka semua pulang semula ke jeti selepas selesai memancing dan ketika itu hujan dan semuanya berlindung di bawah bumbung jeti berkenaan.
     
    “Sebelum itu, mangsa sempat mencuci bot dan menunaikan solat maghrib sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke rumah walaupun dalam keadaan hujan kerana sudah basah dan tidak tahan sejuk,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
     
    Beliau berkata, semasa hendak mengambil batang pancing, mangsa disambar petir sehingga menyebabkan mangsa jatuh ke bawah jeti. – Bernama
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda