Friday, September 20, 2024
35.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki maut helikopter terhempas dalam terusan

    MIAMI, 28 DIS – Pekerja kecemasan di Florida Selatan hari ini menyelamatkan dua orang, seorang yang kemudiannya meninggal dunia, dari terusan selepas helikopter mereka terhempas.

    Helikopter itu, sebuah pesawat Hughes 369, membawa dua orang dari Fort Myers apabila ia terhempas ke dalam terusan kira-kira tiga batu ke barat Lapangan Terbang Eksekutif Miami, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dalam satu kenyataan.

    Rakaman video dari udara menunjukkan penyelam dari Miami-Dade Fire Rescue sedang mencari di terusan. Kedua-dua orang itu dihantar ke hospital tempatan di Miami, di mana seorang dalam keadaan serius dan seorang lagi mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa, lapor CBS News Miami. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda