BANDAR QUEBEC, 29 Mac – Seorang lelaki warga Kanada yang terkenal berhaluan kiri mengaku bersalah semalam terhadap pembunuhan enam orang jemaah di sebuah masjid Quebec tahun lalu, satu kes yang mengejutkan negara.
Insiden amuk yang berlaku pada 29 Januari 2017, telah menyebabkan lebih 30 orang cedera, merupakan salah satu insiden serangan yang terburuk di kawasan peribadatan orang-orang Islam di Barat.
Tindakan itu yang dianggap sebagai ‘serangan pengganas’ oleh Perdana Menteri Justin Trudeau sejurus serangan, insiden tembakan itu telah memberi tamparan hebat kepada masyarakat pelbagai budaya di Kanada dan kepada sebuah negara yang menerima kedatangan berpuluh-puluh ribu orang pelarian pada setiap tahun.
Alexandre Bissonnette, 28, telah melepaskan tembakan secara terbuka pada malam yang sejuk dan dingin pada penghabisan sembahyang, pada Ahad, di Pusat Kebudayaan Islam, Bandar Quebec, sebuah masjid yang terletak di kawasan kejiranan yang sunyi.

Pada mulanya dia mengaku tidak bersalah semasa awal perbicaraan pada Isnin atas nasihat para peguamnya, akan tetapi dia mengubahnya.
“Saya memutuskan bersalah atas kesemua pertuduhan yang dikenakan, untuk mengelakkan para keluarga mangsa daripada mengingat kembali serangan ngeri itu, ujar Bissonnette, yang turut berhadapan enam pertuduhan atas cubaan bunuh.
Esak tangis tercetus di bilik perbicaraan ketika Hakim Francois Huot menerima pengakuan salah Bissonnette, diikuti dengan penilaian psikiatri yang diperintahkan oleh mahkamah. – AFP