Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jan – Seorang lelaki yang didakwa melakukan jenayah curi dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini.
Martonis Musa, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencuri pemotong besi, alat gerudi dan kimpalan dari sebuah rumah di Kampung Lumapas pada 3 Januari 2018.
Majistret Dayang Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain menetapkan 18 Januari untuk menentukan tarikh perbicaraan tertuduh.
Kes didakwa Timbalan Pendakwa Raya, Dayang Ka-milah binti Mohamad.