Wednesday, February 12, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki mengamuk tembak mati 2 pesakit

    JOHANNESBURG, 8 MEI – Seorang lelaki semalam merampas sepucuk senapang daripada polis, mengamuk dan menembak mati dua pesakit dalam hospital Afrika Selatan, menurut polis.

    “Pesakit ditembak mati dan seorang pegawai polis cedera parah petang semalam di hospital tempatan di mana seorang lelaki berusia 40 tahun mengambil senjata api polis dan melepaskan beberapa das,” kata jurucakap brigadier Novela Potelwa dalam satu kenyataan.

    Polis telah membawa suspek yang memerlukan rawatan di Hospital Somerset di mana lelaki itu merampas senjata api polis, menembaknya di kepala dan seterusnya menembak mati dua pesakit sebelum pegawai polis lain melucutkan senjatanya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda