BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, kelmarin atas tuduhan mengintip kerana didakwa memasang telefon di dalam tandas untuk kepuasan seksual.
Mohamad Azzan Safwan bin Dato Paduka Haji Sidek didakwa meletakkan sebuah telefon di dalam tandas di sebuah premis perniagaan di kawasan komersial Kiulap antara jam 12:56 tengah hari hingga 1:22 petang pada 25 Oktober 2023.
Menurut dakwaan, tertuduh telah memasang peranti tersebut dengan niat untuk memerhati seseorang yang sedang melakukan perbuatan peribadi, walaupun mengetahui individu tersebut tidak memberi keizinan untuk diperhatikan bagi tujuan sedemikian.
Ikuti berita lanjut dalam akhbar Media Permata esok.