BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt –Seorang lelaki penduduk tetap yang menyamar sebagai inspektor Pasukan Polis Diraja Brunei telah berjaya ditangkap pada jam 2 petang di kawasan perniagaan Gadong kelmarin.
Penangkapan dibuat hasil maklumat orang awam yang dibuat di Balai Polis Sungai Liang pada jam 10:40 pagi, setelah kesnya menyamar memakai seragam inspektor polis tular di media sosial. (Klik di sini untuk berita lanjut)