Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Seorang lelaki yang memiliki minuman keras tanpa cukai dikenakan denda $1,300 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.
Chin Chen Fei, 27, mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman atas tuduhan memiliki 108 tin minuman keras ketika pemeriksaan dijalankan ke atas keretanya di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 25 November 2017.
Jika gagal membayar denda, dia diarahkan untuk menjalani hukuman sebulan penjara.