Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki nafi mencuri daripada polis

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Seorang lelaki berusia 43 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, terhadap dua pertuduhan berkaitan mencuri daripada Pasukan Polis Diraja Brunei.

    Mohd Taha bin Haji Mohd Jinin @ Taha didakwa telah mencuri 50 meter kabel CCTV di Bangunan Letak Kereta Bertingkat, Jalan Cator di ibu negara pada pukul 9 pagi, 22 Ogos lalu.

    Pertuduhan yang dikemukakan oleh Pendakwa Syafina Abdul Hadzid mendakwa tertuduh telah melakukan khianat dengan menyebabkan kerosakan semasa melakukan pencurian.

    Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan agar tahanan reman tertuduh dilanjutkan dan menangguhkan kes sehingga 14 September bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda