Friday, February 7, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Pakistan tinggal lebih tempoh kena hukum

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Seorang lelaki warga Pakistan yang tinggal melebihi tempoh di negara ini selepas pas melawat yang dikeluarkan kepadanya mansuh pada 30 April tahun lalu, dijatuhi hukuman empat bulan penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret.

    Muhammad Anwar, 47, mengaku bersalah atas tuduhan tinggal selama 533 hari di negara ini sejak 1 Mei 2016 sehingga dia diberkas pada 16 Oktober 2017.

    Pegawai Pendakwa Imigresen, Adi Yusra bin Haji Adanan memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh diberkas dalam operasi bersama di sebuah bilik sewa di Kampung Sungai Lampai.

    Tarikh pas melawat yang tertera di dalam pasport miliknya didapati telah pun mansuh.

    Tertuduh tiba di negara ini pada 3 Jun 2014 dan kali terakhir dia melanjutkan tempoh pas imigresennya ialah pada 30 Januari 2016, yang sah sehingga 30 April 2016 sahaja.

    Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin memerintahkan hukuman tertuduh bermula dari 18 Oktober 2017.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda