BAITULMUQADDIS, 13 Mac – Polis Israel hari ini membunuh seorang rakyat Palestin yang menyerang dan mencederakan dua pengawal sempadan menggunakan sebilah pisau berhampiran pintu masuk ke Bandar Lama di timur Baitulmuqaddis yang didiami, kata polis.
Penyerangnya, penduduk timur Baitulmuqaddis telah memasuki pos kawalan sempadan dan mencederakan dua pengawal sebelum ditembak mati, kata mereka. Salah seorang pengawal itu cedera parah, seorang lagi cedera ringan, tambah polis.
Anggota keluarga menamakan penyerang yang maut itu sebagai Ibrahim Matar berusia 25 tahun dari kawasan Jabal Mukaber dari timur Baitulmuqaddis.
Jurucakap polis Micky Rosenfeld berkata pasukan keselamatan kemudian menyerbu rumahnya dan empat orang telah ditangkap. Anggota keluarganya berkata antara mereka yang ditangkap termasuk ayah Matar. – AFP