Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    ‘Lelaki paling kotor’ meninggal dunia pada usia 94

    TEHRAN, 27 OKT – Seorang lelaki Iran yang digelar ‘lelaki paling kotor di dunia’ kerana tidak mandi selama berdekad-dekad telah meninggal dunia pada usia 94 tahun, menurut laporan media negara itu baru-baru ini.

    Amou Haji, yang tidak mandi selama lebih setengah abad dan tidak berkahwin, meninggal dunia pada Ahad lalu di sebuah perkampungan Dejgah, wilayah selatan Far, menurut laporan agensi berita IRNA.

    Haji enggan mandi kerana bimbang ‘jatuh sakit’, agensi memetik ucapan pegawai tempatan.

    Tetapi ‘buat pertama kali beberapa bulan lalu, penduduk kampung telah membawanya untuk mandi,” lapor IRNA.

    Sebuah dokumentari pendek berjudul The Strange Life of Amou Haji mengenai kehidupannya telah diterbitkan pada 2013, menurut rangkaian media Iran. – AFP

    Amou Haji yang tidak mandi selama berdekad-dekad telah meninggal dunia pada usia 94 tahun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...