Saturday, February 8, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki patah tulang paling keras semasa batuk

    FUJIAN, 2 JUN – Doktor di Hospital Rakyat Kedua Wilayah Fujian, China baru-baru ini melaporkan satu kes mengejutkan apabila seorang lelaki berusia 35 tahun yang hanya dirujuk sebagai Ye, mengalami patah tulang paling keras iaitu tulang paha semasa dia batuk.

    Menurut Dong Zhong, pengarah Jabatan Ortopedik di hospital itu, kejadian itu dianggap luar biasa memandangkan lelaki dalam lingkungan umur Ye lazimnya mengalami patah tulang femur akibat trauma yang serius, seperti kemalangan kereta atau jatuh dari tempat tinggi.

    Encik Ye memberitahu doktor bahawa dia merasakan sakit yang tajam sejurus selepas batuk yang sangat kuat, tetapi Zhong hanya menjelaskannya sebagai kekejangan. Kemudian Zhong memutuskan untuk melanjutkan siasatan apabila Ye mengadu kesakitan selepas berjalan.

    X-ray menunjukkan bahawa Ye telah mengalami patah tulang paha, tetapi ceritanya tentang batuk itu tidak masuk akal dan tidak ada tanda sebarang trauma fizikal.

    Zhong bertanya lebih lanjut kepada Ye tentang kesihatan umum, tabiat pemakanan dan gaya hidup, dan juga menjalankan ujian ketumpatan tulang terhadapnya. Keputusan mengejutkan diperolehi apabila ketumpatan tulang Ye adalah serupa dengan lelaki berusia 80 tahun walaupun untuk lelaki moden yang tidak aktif seperti Ye.

    Selepas ujian mengesahkan bahawa Ye tidak mengalami sebarang penyakit tulang, doktor membuat kesimpulan bahawa dia hanya mempunyai tulang yang sangat rapuh akibat tabiatnya meminum manis berkarbonat, diet yang tidak baik dan juga kurang bersenam.

    Lelaki berusia 35 tahun itu kemudiannya memberitahu doktor bahawa dia selalu menggantikan air dengan minuman sebegitu yang nampaknya menghalang penyerapan kalsium ke tulang dengan betul, sekali gus menjejaskan ketumpatan tulangnya.

    Dr Dong Zhong menjelaskan bahawa minuman cola mengandungi asid fosforik yang bergabung dengan kalsium dalam pengambilan makanan biasa untuk membentuk kalsium fosfat selepas memasuki badan. Jadi, amalan minuman berkarbonat dengan kerap untuk jangka masa yang lama boleh membawa kesan buruk kepada ketumpatan tulang. – Agensi

    Imej X-ray menunjukkan tulang paha Ye yang patah. – Oddity Central
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda