Sunday, December 29, 2024
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki pecah rekod dunia lari pecut guna kasut tumit tinggi

    Mungkin pelik tetapi tiada apa yang mustahil di dunia ini.

    Menjangkau suatu batasan merupakan apa yang diburu lelaki di Sepanyol ini apabila dia melakukan larian pecut 100 meter sambil memakai kasut tumit tinggi.

    Memetik dari mStar, Christian Roberto López Rodríguez, 34, yang nekad mengejar rekod baharu untuk pencapaian dirinya melakukan cabaran itu bagi memecah rekod Guinness World Records (GWR).

    Cubaannya berjaya apabila dia berupaya berlari pecut 100 meter dalam tempoh 12.82 saat dengan memakai kasut tumit setinggi 2.76 inci.

    Dia mengatasi rekod terdahulu dipegang André Ortolf yang berlari pecut 100 meter dalam kasut tumit tinggi dengan catatan 14.02 saat pada tahun 2019.

    Menurut Rodríguez, persiapannya dilakukan secara menyeluruh dan terperinci untuk sesuatu yang begitu sukar.

    “Saya rasa amat mencabar untuk berlari pecut dengan kasut tumit tinggi pada kelajuan yang tinggi.

    “Di Sepanyol ada perlumbaan seperti ini dan saya menyertainya, ia merupakan satu kejayaan untuk saya seperti yang saya impikan,” katanya kepada GWR. – Agensi

    Christian Roberto López Rodríguez memecah rekod dunia berlari pecut menggunakan kasut tumit tinggi. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda