Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Pendakwa hari ini telah mengemukakan pertuduhan terhadap seorang lelaki penduduk tetap kerana merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang mempunyai hubungan akrab.
Bagaimanapun, memandangkan siasatan masih di peringkat awal, Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menangguhkan kes kepada 22 Disember ini bagi memberi laluan kepada siasatan lanjut dibuat terhadap kes itu. Lelaki berusia 45 tahun itu didakwa merogol remaja perempuan di sebuah rumah pada bulan Mei lalu.
Pendakwaan kes itu dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozaimah Abdul Rahman.


