Thursday, January 30, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Perancis bakal dibicarakan atas tuduhan bunuh pasangan

    BORDEAUX, 28 JAN – Seorang lelaki Perancis akan dibicarakan hari ini atas tuduhan menikam maut bekas pasangannya, yang telah mengadu mengalami penderaan bertahun-tahun dan berulang kali melaporkannya kepada pihak berkuasa berhubung gangguannya.

    Pada 2 Julai 2021, mayat Sandra Pla yang berusia 31 tahun ditemui berlumuran darah di rumahnya di bandar Bordeaux di barat daya Perancis, tempat dia tinggal bersama anak perempuan mereka yang berusia empat tahun.

    Dalam kejadian itu, seorang jiran telah mendengar jeritan seorang wanita di mana dia kemudiannya melaporkannya kepada polis. Bedah siasat mendedahkan kira-kira lima puluh luka akibat kesan pisau, terutamanya di leher dan muka Pla.

    Bekas pasangannya, Mickael Falou – yang telah ditinggalkannya beberapa bulan sebelum itu selepas menjalani hubungan 10 tahun – kemudian ditangkap di rumahnya di pinggir bandar Bordeaux, Merignac.

    Pla telah berulang kali mengadu kepada pihak berkuasa tentang keganasan dan gangguan yang dialaminya selama bertahun-tahun.

    Pla malah memohon kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron, dan pegawai tinggi lain, memberi amaran bahawa dia akan mati ‘seperti wanita yang dibunuh oleh suami mereka,’ menurut peguam, Elsa Crozatier.

    Crozatier, seorang peguam yang mewakili ibu dan bapa tiri Pla, berkata ia adalah kes pembunuhan yang nyata. – AFP

    Gambar bertarikh 16 Oktober 2021 menunjukkan protes terhadap pembunuhan wanita di hadapan Dewan Bandaraya Paris. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda