LYON, 6 NOV – Seorang lelaki di Perancis menemui harta karun berupa emas bernilai AS$800,000 ketika menggali kolam renang di kebunnya awal tahun ini, menurut pegawai tempatan.
Lelaki tersebut memaklumkan penemuan itu kepada pihak berkuasa tempatan pada bulan Mei, dan selepas siasatan, pihak majlis di bandar Neuville-sur-Saône di timur Perancis membenarkannya menyimpan emas berkenaan kerana ia tidak berasal daripada tapak arkeologi.
Menurut akhbar tempatan Le Progrès, lelaki itu menemui lima jongkong emas dan banyak syiling yang ditanam di dalam beg plastik.
Siasatan polis mendapati emas tersebut diperoleh secara sah dan telah dileburkan kira-kira 15 atau 20 tahun lalu di sebuah kilang penapisan berhampiran.
Majlis bandar itu turut memaklumkan bahawa pemilik terdahulu kebun berkenaan telah meninggal dunia dan bagaimana emas tersebut boleh tertanam di taman itu masih menjadi misteri. – AFP