Jumaat, 21 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki pura-pura mati, ingin lihat siapa peduli

    NEW DELHI, 20 OKT – Seorang lelaki berusia 74 tahun di India bertindak luar biasa apabila berpura-pura meninggal dunia dan mengadakan upacara pengebumian palsu semata-mata untuk mengetahui siapa yang akan datang berkabung atas ‘pemergiannya’.

    Penduduk kampung Konchi di negeri Bihar, India, terkejut besar apabila mendengar berita mengenai ‘kematian mengejut’ Mohan Lal, seorang pesara anggota Tentera Udara India.

    Ramai yang hairan apabila melihat perarakan jenazah sedang berlangsung sedangkan mereka tidak mendengar sebarang berita tentang kematiannya sebelum itu.

    Namun begitu, ramai penduduk tetap menyertai perarakan tersebut, meratapi pemergian Mohan Lal dan melaksanakan segala adat pengebumian seperti kebiasaan.

    Apa yang benar-benar mengejutkan orang ramai ialah apabila Mohan tiba-tiba bangun dari kerandanya semasa upacara tersebut.

    Mohan meminta bantuan beberapa saudaranya untuk menyebarkan berita palsu mengenai kematiannya. – Agensi

    Barulah penduduk kampung menyedari majlis pengebumian itu hanyalah satu ‘lakonan’ yang dirancang oleh Mohan untuk melihat sejauh mana orang sekeliling mengambil berat terhadap dirinya.

    “Selepas seseorang meninggal dunia, orang ramai akan mengusung jenazahnya, tetapi saya ingin menyaksikannya sendiri dan mengetahui sejauh mana penghormatan serta kasih sayang yang diberikan kepada saya,” katanya ketika ditanya mengenai alasannya mengadakan pengebumian palsu itu.

    Menurut laporan Oddity Central, Mohan telah meminta bantuan beberapa saudara-maranya untuk menyebarkan berita palsu mengenai kematiannya dan mengatur perarakan ke tempat pembakaran mayat dengan usungan yang dihias bagi menjadikan lakonannya kelihatan meyakinkan.

    Ratusan penduduk dilaporkan hadir ke upacara berkenaan untuk berkabung, sekali gus membuatkan Mohan berasa gembira dan yakin dirinya masih dihormati oleh masyarakat setempat.

    Bagi menebus semula rasa tersinggung penduduk atas perbuatan itu, Mohan Lal kemudian menganjurkan satu jamuan besar buat semua yang hadir sebagai tanda penghargaan dan permohonan maaf. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda