Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki rosakkan Monumen Washington didakwa

    WASHINGTON, 22 SEPT – Polis Taman Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berkata seorang lelaki didakwa melakukan vandalisme menggunakan cat di luar tapak Monumen Washington, di ibu negara AS.

    Shaun Ray Deaton, 44, dari Bloomington, Indiana ditahan pada petang Selasa, dan didakwa kerana menceroboh, merosak dan melakukan vandalisme, lapor Xinhua.

    Konservator Perkhidmatan Taman Negara (NPS) kini berusaha membersihkan cat di monumen itu.

    “Lapisan atas cat sudah mula ditanggalkan,” menurut National Mall dan NPS Memorial Parks dalam ciapan masing-masing pada Rabu. “Warna yang menembusi batu juga akan dibersihkan.” – Bernama

    Seorang pekerja perkhidmatan taman AS menggunakan pelarut untuk membersihkan grafiti di Momen Washington pada 21 September di Washington. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda