WASHINGTON, 23 FEB – Seorang lelaki Minnesota yang berulang kali menyerang pegawai polis semasa rusuhan Capitol di Amerika Syarikat (AS), menggunakan baton polis sebagai senjata dan mencuri dua perisai rusuhan dijatuhi hukuman penjara hampir tiga tahun, kelmarin.
Brian Mock, 44, membantu mengalihkan dua penghadang polis sebelum dia menyerang empat pegawai semasa pengepungan pada 6 Januari 2021. Dia menolak salah seorang pegawai di dada dan menolaknya ke tanah, di mana perusuh lain menendang dan memukulnya.
Mock meminta kelonggaran sebelum Ketua Hakim James Boasberg menjatuhkan hukuman penjara dua tahun sembilan bulan.
“Saya bukan seorang yang muncul dalam peralatan taktikal,” katanya. “Ia adalah saat di mana saya terperangkap.”
Tetapi hakim berkata Mock jelas datang ke Washington, DC, menjangkakan keganasan pada 6 Januari. “Jadi sukar untuk berfikir bahawa awda datang hanya sebagai penonton,” kata Boasberg. – AP