Thursday, December 12, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki serang hakim AS dihukum penjara sehingga 65 tahun

    LOS ANGELES, 11 DIS – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sehingga 65 tahun kelmarin atas tindakannya melakukan serangan ke atas hakim Amerika Syarikat (AS) di mana ia telah dirakam dalam video dan telah menjadi tular.

    Deobra Redden, 31, melompat ke atas bangku Hakim Mary Kay Holthus ketika dia hendak menjatuhkan hukuman ke atasnya atas jenayah lama yang dilakukannya.

    Gambar rakaman serangan Januari lalu menunjukkan tumbukan bertubi-tubi dilepaskan di mana Redden terus menyerang walaupun seorang polis, kakitangan mahkamah dan peguam berusaha menghalang Redden daripada terus menumbuk hakim itu.

    Serangan itu menyebabkan hakim tersebut dalam keadaan terkejut dan takut manakala seorang polis pula memerlukan rawatan di hospital.

    Pada perbicaraan di Las Vegas kelmarin, Hakim Susan Johnson telah menjatuhkan hukuman penjara antara 26 dan 65 tahun ke atas Redden.

    Terdahulu, Redden memberitahu hakim dia bukan seorang yang jahat.

    Peguam Redden, Carl Arnold berkata anak guamnya telah bergelut dengan penyakit mental yang teruk sepanjang hidupnya, dan tidak mengambil ubat sewaktu kejadian itu. – AFP

    Redden dibawa ke bilik mahkamah di Pusat Keadilan Serantau, pada 10 Disember, di Las Vegas. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda