Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki serang mangsa, cederakan tiga anggota polis di Singapura

    SINGAPURA, 17 APRIL – Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan hari ini selepas disyaki menetak seorang lelaki lain di Hougang Avenue 8, kawasan timur laut Singapura.

    Menurut polis, tiga anggota pasukan keselamatan mengalami kecederaan ringan semasa proses penahanan.

    Polis memaklumkan mereka menerima beberapa panggilan kecemasan sekitar 1:10 tengah hari, dan sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota polis mendapati suspek sedang berlari dalam keadaan bogel.

    “Ketika proses penahanan dijalankan, suspek dipercayai menyerang anggota polis dengan sebatang kayu yang dipasangkan paku. Tiga anggota polis mengalami kecederaan ringan,” menurut kenyataan itu.

    Suspek kemudian ditahan atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah dan menyebabkan kecederaan bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

    Sebilah pisau dan kayu berpaku itu turut dirampas di lokasi kejadian. Siasatan polis masih dijalankan.

    Mangsa pertama, seorang lelaki berusia 30 tahun, dilaporkan sedar ketika dibawa ke hospital, menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda