Thursday, September 19, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki serang polis, khianat dibicara mulai 17 Februari

    Oleh: Nour Maghfirah

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Seorang lelaki yang menghadapi pertuduhan serius kerana didakwa menyerang seorang pegawai polis dan melakukan khianat telah ditetapkan perbicaraan bermula 17 hingga 22 Februari 2025.

    Pegawai Pendakwa Abdul Musawwir Haji Mahli mendakwa Mohd Nazree bin Mohd Salleh, 43, secara sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang pegawai polis berusia 26 tahun. Insiden itu dikatakan berlaku pada 17 Ogos lalu, apabila defendan didakwa mengundurkan kenderaannya, menyebabkan pegawai itu dihimpit di antara pintu kereta dan dinding garaj ketika pegawai itu menjalankan siasatan yang sah.

    Jika sabit kesalahan, Mohd Nazree boleh berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan (Bab 22).

    Dalam pertuduhan berasingan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, defendan didakwa menyebabkan kerosakan sebuah kenderaan pada 15 Ogos lalu. Kenderaan milik seseorang itu mengalami kerosakan berjumlah $1,800 selepas defendan didakwa memecahkan lampu brek kenderaan itu dengan menggunakan siku kiri.

    Pertuduhan itu juga boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan tidak kurang daripada dua sebatan.

    Mohd Nazree telah menafikan kedua-dua pertuduhan sebelum ini.

    Envato

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda