ISTANBUL, 27 JUN – Satu video tular telah membuat seorang pemuda menjadi wira di Istanbul setelah beliau dilihat menangkap seorang kanak-kanak ketika dia jatuh menjunam dari tingkap tingkat kedua.
Fawzi Zabaat, lelaki Algeria berusia 17 tahun, sedang berjalan di daerah kelas kerja Fatih apabila beliau ternampak budak perempuan Syria berusia dua tahun bermain berhampiran tingkap terbuka pangsapurinya pada minggu lalu.
Dalam video itu, disiarkan pada minggu ini, beliau dilihat cuba memberitahu orang di sekelilingnya sebelum menangkap budak itu ketika dia meluru jatuh ke laluan jalan kaki.
Remaja itu tetap bersikap rendah diri, apabila ditemu bual semalam oleh agensi berita Dogan, yang menyiarkan gambar berkenaan.
“Saya hanya berjalan di jalan raya apabila saya ternampak budak perempuan di tingkap. Dia terjatuh, dan syukurlah, saya berjaya menangkapnya sebelum dia sampai ke tanah,” katanya. – AFP
