NEW DELHI, 30 JAN – Polis India hari ini menahan seorang lelaki yang melepaskan tembakan berhampiran sebuah universiti di ibu negara New Delhi di mana pelajar sedang membantah undang-undang kerakyatan baharu yang tidak termasuk warga beragama Islam.
Chinmay Biswal, pegawai kanan polis, berkata polis sedang menyiasat kejadian itu, yang meninggalkan seorang pelajar dengan luka kecederaan tangan.
Seorang saksi berkata lelaki itu melepaskan tembakan apabila polis cuba menahannya.
Ahmed Azeem, jurucakap Universiti Jamia Millia Islamia, berkata lelaki dengan pistol itu mencabar pembantah ketika mereka mula berarak dari universiti ke makam pemimpin kemerdekaan India Mohandas Gandhi pada ulang tahun kematiannya.
Nama lelaki tidak didedahkan. Tatkala dia dibawa pergi oleh polis, lelaki itu memberitahu wartawan dia bernama ‘Ram Bhakt Gopal.’ Ram Bhakt bermakna penganut dewa Hindu Rama.
Seorang lelaki dengan akaun Facebook di bawah nama yang sama menyiarkan secara langsung dirinya berhampiran kampus di laman itu sebelum melepaskan tembakan. – AP