Sunday, December 29, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki tembak tiga remaja yang didakwa cuba merompak di Houston

    HOUSTON, 27 DIS – Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas, lapor Xinhua memetik laporan tempatan.

    Remaja berusia antara 12 hingga 14 tahun itu ditembak selepas didakwa cuba merompak lelaki berkenaan di sebuah kompleks pangsapuri di barat laut Houston pada sekitar 10:30 malam, kelmarin, menurut Sheriff Harris County, Ed Gonzalez, di platform X.

    Bagi mempertahankan dirinya, lelaki itu mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah remaja-remaja itu, kata Gonzalez.

    Remaja-remaja itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan, manakala lelaki terbabit kekal di lokasi kejadian dan bekerjasama dengan pihak penyiasat.

    Seorang remaja dipercayai berusia 12 tahun, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

    Seorang penghuni di pangsapuri itu mendakwa dia mendengar 10 das tembakan, menurut laporan media tempatan KTRK. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda